- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum...haiiii semua ✋
.
.
.
Ok, untuk hari ni meh nak sambung untuk bahagian kedua.
.
.
.
3 bulan kemudian
(cewahh dah macam drama) 😅
.
.
.
Aku kena hadir ke HKL infertility pada 26/7/17 bersama husband.
Lepas selesai pendaftaran, bayaran, kena tunggu giliran untuk diambil blood pressure,
berat dan akan ditanya sama ada kita ada sebarang masalah kesihatan tak pada hari kejadian.
Demam ke apa kena inform.
Settled.
Oh ya, untuk hari ni ktorg tak perlu ke bahagian infertility, terus sahaja ke O&G.
aku dan husband tunggu diruang menunggu sementara nak tunggu nombor giliran tiba.
macam biasa hospital mana yang tak ramai kan?hehe. seingat aku giliran aku sampai dalam 11 lebih, ok la tu. masa ni belum nervous lagi. aku pun dah dimaklumkan pada hari ni ktorg akan berjumpa dengan doctor untuk diberitahu result hormon yang dah diambil 3 bulan lepas.
lepas tanya sikit-sikit. nervous aku pun baru sampai.
doc : suami tak ada masalah apa, sperm semua ok.
untuk puan, hormon progestrone puan agak rendah ya. yang lain semua ok.
aku : rendah? bacaan berapa ya?
doc : hmm bacaan hormon puan 1.5 shj.
aku : hmm..sepatutnya kena ada berapa ya doc?
doc : kita perlukan sekurang-kurangnya 15.
aku : (diam). jauhnya beza.
suami : 1%?
doc : hmm..ya lebih kurang.
aku : diam. (masa ni dalam kepala aku macam-macam nak tanya. tapi aku down gila)
doc : puan jangan risau, hormon ni kita akan bagi ubat.
aku : hormon progestrone ni untuk apa doc? (aku tak tau kenapa soalan ni boleh terkeluar sedangkan aku dah buat research dah sebelum tu, mungkin aku dah kehilangan ayat dan tak nak nampak situasi macam awkward dekat situ maka terkeluarlah soalan tu)
doc : bla bla bla...
aku : pendek kata, hormon tu yang bagi kuat rahim ya doc? untuk pastikan janin berkembang. kalau rendah tu yang menyebabkan keguguran ya doc?
doc : ya betul.
aku senyum. tapi pahit gila rasa.
aku cuba tenang. aku fikir benda ni aku dah jangka awal sebab aku rajin baca bab ni.
Maklum la kita ni tak macam orang lain, ada yang baru kahwin terus lekat.
Ada yang tak merasai moment 'berusaha' tu, dah nama pun berusaha jadi kita kena tahu dari pembacaan dan research. Macam aku borak dengan mama aku. tanya dia pasal hormon tu hormon ini, memang dia tak tahu apa la.
Jauh la nak dibandingkan dengan kita yang berusaha nak mengandung ni. kehkeh.
Tak apa lah, sekurangnya kita dapat ilmu ye dok. hahaa!
sama jugak dengan borak dengan member yang senang lekat. kadang-kadang rasa macam ambil medic pulak. Jadi tempat rujukan.
Paling aku happy dapat tolong member yang juga pernah keguguran dengan sikit ilmu yang aku ada ni, dapat la aku tolong dia meskipun dia jauh di negara orang.
ada satu kepuasan dekat situ.
Ok, back to story.
Doc tanya-tanya pasal sejarah aku.
Aku pun bagitahu dekat dia yang aku pernah mengandung dua kali,
yang pertama 8 minggu. yang kedua 5 minggu ke 6 minggu. Tak ingat sangat.
habis bab hormon tu, dia minta aku ke bilik scan.
Lama jugak la nak tunggu giliran tu. Ramai.
Masa scan tu aku dengar perbualan doc tu dengan sorang lagi doctor pakar sakit puan.
Rupanya doc yang aku jumpa tu pun belum dikurniakan zuriat juga.
Nampak dia macam early 30's.
Dalam hati aku pun turut bersimpati.
Dia pun mesti merasai apa yang dirasai patient yang macam aku ni.
Allahu. 😔
Oleh kerana aku dah maklumkan pada dia aku ada cyst dan cyst aku sekarang datang semula.
Dia scan dan kata cyst aku tak ada.
Alhamdulillah. masa tu pun period aku dah mula ok.
Dah regular semula macam sebelum aku kahwin.
28-30 hari macam tu untuk setiap kitaran.
Aku masuk semula ke bilik doc.
dia tanya aku berapa tahun dah kahwin dan pengalaman aku buat IUI sebelum ni.
dan akhirnya dia maklumkan pada ktorg yang ktorg akan diberi 2 kali IUI dan jika tidak berjaya ktorg akan ke IVF.
sebagai penutup ktorg kena ambil darah untuk dibuat HIV test dan keputusan akan dimaklumkan bila ktorg datang semula pada hari kedua period untuk memulakan IUI.
dan seperti biasa.
Balik daripada HKL, aku google lagi pasal hormon progestrone.
kali ni lebih detail.
hahahaha.
sebab dah positive kan aku ada masalah hormon progestrone.
husband aku pun tak terkata apa.
aku ingat lagi, balik daripada HKL, aku minta maaf dekat dia
sebab problem aku ni.
dan dia balas,
'tak apa la sayang, belum rezeki kita...'
😢😢😢
nanti aku sambung untuk bahagian ketiga.
salam.
putreexoxo💋
Comments
Post a Comment